Kadangkala kita tidak tahu bagaimana menyampaikan perasaan dengan jelas. Berbeza dengan langit, kita hanya perlu melihatnya tanpa berkata. Kemudian berlalu dengan perasaan tenang.
.
Langit; tidak selalu cerah, adakalanya mendung meliputi suasana menjadikan alam menjadi gelap, ribut petir yang membawa hati kita ke lembah keresahan.
.
Namun lambat laun mendung dan ribut petir itu pasti akan berlalu pergi. Mentari akan terbit menerangi kegelapan dengan begitu bersinar, selalunya hadir bersama pelangi yang indah.
.
Begitulah juga kehidupan. Apa yang kita lalui sekarang, tidak pernah terlintas dalam fikiran. Perjalanan hidup yang penuh misteri, selepas satu ujian selesai, ujian yang lain pula akan datang. Maka kita perlu sentiasa bersedia menghadapi ujian seterusnya. Kadangkala kita diuji dengan perasaan gembira atau kesedihan yang berpanjangan. Ujian yang bersilih ganti. Namun, semuanya ada hikmah. Akan ada senyuman selepas tangisan. Redha dan bersyukur atas segala ujian yang Allah telah titipkan buat kita.
Instagram: Hayati Jasry posted on 15/6/2019
Instagram: Hayati Jasry posted on 15/6/2019






0 comments:
Post a Comment