You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Silent

Be silent in two situations.

1. When you feel one can't understand your feelings from your words.

2. When one can understand you without any words.



Some hearts understand each other, even in silence 🌹

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tentang Rasa

Perkara normal apabila mendengar luahan dari orang-orang yang tengah down dengan kekecewaan terutama melibatkan perasaan, ada yang bertegas menyatakan menyayangi seseorang itu membebankan. Paling sadis, 'single is bitter better' katanya. Hidup boleh share berdua bertiga berempat, mengapa harus memilih single? Ala gurau pun tak boleh πŸ˜‚..tapi seriously, bukan semua akan memahami perasaan orang yang pernah mengalami kekecewaan dalam hidup.

Punya perasaan cinta itu adalah fitrah manusia dan setiap insan memiliki dan merasainya. Menyayangi dan jatuh cinta, tidak membebankan selagi kena pada orang dan waktu yang tepat.

Buat insan yang tengah berbahagia; selamat menyulam kasih. Pesanan penting hakak, hasil sulaman yang indah memerlukan penelitian lebih dan berkualiti. Perasaan yang tengah mekar berbunga, jadikan sebagai pemangkin semangat untuk meniti kehidupan penuh ceria pada hari ini dan seterusnya. 

Yang memilih untuk terus bersendirian; percayalah, kamu tidak pernah sunyi. Allah sentiasa ada menemani. DIA menghantar orang-orang yang hadir dan berada disekitarmu untuk mengubati sepi dijiwa. Tanpa kamu sedari.

Pada yang punya hati tertutup rapat; belajar membuka sedikit ruang untuk seseorang mengisi kekosongan jiwamu. 
Jika pentingkan kesempurnaan, adakalanya yang tidak sempurna dimata hati, itulah sebenarnya yang terbaik Allah kirimkan untuk dirimu. Ketika leka mencari yang sempurna, tanpa sedar yang terbaik akan hilang.

Jangan risau andai kasih belum berbalas. Tapi takutlah jika tiada ruang difikiran untuk mengingati Penciptamu. Jangan putus berdoa, berusaha dan bertawakal. Selebihnya, berserah dan letaklah keyakinan pada Allah.
Sejauh mana jarak terpisah, sekalipun tidak pernah bertentang mata, tidak pernah mengenali antara satu sama lain, andai dia adalah jodoh yang telah tertulis, kamu akan dipertemukan dalam apa juga situasi yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Benarlah, perjalanan hidup ini penuh misteri dan kejutan.

At times you may think everything is going wrong. Yet you don't realize that Allah is setting everything right. And Allah is the best of planners.

Bila kita meletakkan Allah dalam kedudukan paling atas dihati, sebenarnya kita sudah memiliki ketenangan dan kebahagiaan hakiki. Mencintai dunia, dunia akan hilang, mencintai manusia, manusia akan mati. Mencintai Allah, akan kekal selamanya.

Semoga dipertemukan peneman sehidup semati, yang kekal berkasih sayang sehingga ke syurga.

Love yourself. Be happy because you deserve it. Don't think too much, and just do what makes you happy. I'm always here, and pray the best for you 🌹

πŸŒΈπŸ’œ

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Peluang Terakhir

Baru-baru ini, secara tidak sengaja saya terdengar seorang wanita dan seorang lagi rakannya berbual dengan sedikit nada beremosi, berbincang mengenai topik rumahtangga tetapi kedengaran di situ agak janggal dan pelik. Kenapa? Rupanya isu-isu berbangkit (kononlah) tiada kaitan pun antara salah satu dari mereka berdua tetapi lebih kepada isu mengenai rumahtangga rakan kepada rakan-rakannya. Baiklah, sebenarnya perbincangan agak sedikit radikal, biasalah kan, isu mengupas bawang-bawangan. Selebihnya, saya tidak ambil peduli dan tidak mahu ambil kisah.

Tapi yang merimaskan, saya juga automatik terkena tempias membawang. Rasa bersalah menyelubungi hati tapi saya tahu 'perasaan' itu adalah normal. Fitrah manusia terutama wanita zaman ini [juga lelaki], masih ramai yang tidak menyedari hakikat bahawa akhirnya akan ada yang termembawang juga kan. Walaupun sudah insaf berkali-kali. No. Bukan semua. But don't deny what's obvious to see πŸ˜‚

Namun, saya tetap tidak menafikan saya antara wanita yang sedar diri, masih dalam proses memperbaiki diri. Pernah dengar lagu bertajuk 'Bukan Lelaki Sempurna' by Anji? Maafkan saya. Saya juga 'Bukan Wanita Sempurna'..Oh..entri tiada kaitan dengan kesempurnaan apatah lagi isu perenggan paling atas. Tetapi lebih kepada topik PELUANG.

Sejak akhir-akhir ini, saya selalu terdengar keluh kesah, terbaca dan tidak terlepas juga terpalit sama dengan kisah-kisah berkaitan peluang. Isu peluang bukan stick dengan satu situasi sahaja. Terpulang dengan permasalahan peribadi individu itu sendiri. Tetapi, biarlah saya ringkaskan disini.

Bukan semua orang merasai peluang kedua apatah lagi peluang berulang kali selepas melakukan sesuatu kekhilafan. Bukan semua orang yang diberi peluang kedua akan menghargainya dengan seikhlas hati. Bukan semua menggunakan peluang tersebut sebaiknya malah mensia-siakan tanpa menyedari itulah peluang terakhir yang mereka ada.

Ada sesetengah orang melakukan kesalahan sama sehingga orang lain tawar hati untuk memberi peluang berulang kali. Namun, apabila peluang sudah tidak diberi, mula meraih simpati menyatakan tiada seorang pun yang memberinya peluang. Menyifatkan orang yang berada di sekelilingnya kejam dan tiada perikemanusiaan. Padahal? Salah diri sendiri yang tidak pernah untuk menghargai setiap peluang dari insan-insan yang mengambil berat; penuh keikhlasan malah menyayangi dengan ketulusan hati sehingga terlihat disetiap kerdipan mata dan hembusan nafas mereka.....fuh.

Kamu; yang tidak pernah menghargai setiap peluang, wajar diberi pengajaran setelah berulangkali diberi pertimbangan. Belajarlah menghargai setiap peluang dari orang terdekat sementara masih berpeluang, jangan sampai bayangnya beransur hilang, jejaknya semakin pudar, akan tiba masanya peluang terakhir akan terhapus.

Peluang. Sentiasa ada. Tidak kira apa juga situasi. Terpulang dari diri kita sendiri untuk menentukan sama ada mahu menggunakan sebaik mungkin atau sebaliknya. Pilihan ditangan kita. Pilihan tepat, kita akan berbahagia, tersilap pilih tanggunglah sendiri. Selamat maju jaya.

πŸŒΈπŸ’œ

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terang Sesudah Kelam

Kadangkala kita tidak tahu bagaimana menyampaikan perasaan dengan jelas. Berbeza dengan langit, kita hanya perlu melihatnya tanpa berkata. Kemudian berlalu dengan perasaan tenang.
.
Langit; tidak selalu cerah, adakalanya mendung meliputi suasana menjadikan alam menjadi gelap, ribut petir yang membawa hati kita ke lembah keresahan.
.
Namun lambat laun mendung dan ribut petir itu pasti akan berlalu pergi. Mentari akan terbit menerangi kegelapan dengan begitu bersinar, selalunya hadir bersama pelangi yang indah.
.
Begitulah juga kehidupan. Apa yang kita lalui sekarang, tidak pernah terlintas dalam fikiran. Perjalanan hidup yang penuh misteri, selepas satu ujian selesai, ujian yang lain pula akan datang. Maka kita perlu sentiasa bersedia menghadapi ujian seterusnya. Kadangkala kita diuji dengan perasaan gembira atau kesedihan yang berpanjangan. Ujian yang bersilih ganti. Namun, semuanya ada hikmah. Akan ada senyuman selepas tangisan. Redha dan bersyukur atas segala ujian yang Allah telah titipkan buat kita.

Instagram: Hayati Jasry posted on 15/6/2019

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sabr

Salam Jumaat 😊

Semua manusia tidak akan terlepas melalui ujian Allah. Sama ada diuji dengan kesenangan atau kesulitan. Tetapi kena ingat, perjalanan hidup kita bukan setakat hari ini saja. Yang sedang diuji dengan kesenangan, jangan berbangga jika kita sudah berada di atas dan jangan terlalu yakin hidup kita tidak akan ditimpa kesusahan. Kerana kesenangan tidak akan kekal selamanya. Bila-bila masa sahaja, Allah boleh tarik semua kejayaan, harta, jawatan, ilmu yang kita ada sekarang.
.
Buat insan-insan yang tengah berjuang meneruskan kehidupan dengan menghadapi pelbagai ujian kesulitan, ingatlah, Allah sebaik-baik perancang. Ada hikmah yang tersembunyi. Jangan berputus asa tetapi tetap utuh menghadapi segala rintangan. Bersujud, berserah dan tawakal kepada-Nya, akan ada penawar bagi segala kepahitan. Sesungguhnya Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
.
Kepada insan yang baik hati, sentiasa mendoakan, tidak putus-putus memberikan kata semangat, bantuan dan menenangkan hati orang-orang yang berada dalam kedukaan; Semoga Allah kurniakan kalian segala kebaikan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
.
Buat orang-orang yang tengah bergembira melihat kejatuhan, derita orang lain, senang hati menyebarkan aib, menjadi batu api tanpa ada secalit penyesalan atau rasa empati, malah menambahkan rasa kesedihan orang yang tengah bersedih;
Semoga diberikan hidayah dan kesedaran. Mudah-mudahan kamu tidak akan merasa dan melalui pengalaman, keperitan, derita dan kesakitan yang sama seperti orang yang kamu pandang dengan begitu hina.
.
Semoga Allah S.W.T sentiasa memberkati dan merahmati hidup, dilapangkan segala kesulitan buat kita semua πŸŒΈπŸ’œ

Instagram: Hayati Jasry posted on 12/7/2019

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WSB

WSB