Baru-baru ini, secara tidak sengaja saya terdengar seorang wanita dan seorang lagi rakannya berbual dengan sedikit nada beremosi, berbincang mengenai topik rumahtangga tetapi kedengaran di situ agak janggal dan pelik. Kenapa? Rupanya isu-isu berbangkit (kononlah) tiada kaitan pun antara salah satu dari mereka berdua tetapi lebih kepada isu mengenai rumahtangga rakan kepada rakan-rakannya. Baiklah, sebenarnya perbincangan agak sedikit radikal, biasalah kan, isu mengupas bawang-bawangan. Selebihnya, saya tidak ambil peduli dan tidak mahu ambil kisah.
Tapi yang merimaskan, saya juga automatik terkena tempias membawang. Rasa bersalah menyelubungi hati tapi saya tahu 'perasaan' itu adalah normal. Fitrah manusia terutama wanita zaman ini [juga lelaki], masih ramai yang tidak menyedari hakikat bahawa akhirnya akan ada yang termembawang juga kan. Walaupun sudah insaf berkali-kali. No. Bukan semua. But don't deny what's obvious to see π
Namun, saya tetap tidak menafikan saya antara wanita yang sedar diri, masih dalam proses memperbaiki diri. Pernah dengar lagu bertajuk 'Bukan Lelaki Sempurna' by Anji? Maafkan saya. Saya juga 'Bukan Wanita Sempurna'..Oh..entri tiada kaitan dengan kesempurnaan apatah lagi isu perenggan paling atas. Tetapi lebih kepada topik PELUANG.
Sejak akhir-akhir ini, saya selalu terdengar keluh kesah, terbaca dan tidak terlepas juga terpalit sama dengan kisah-kisah berkaitan peluang. Isu peluang bukan stick dengan satu situasi sahaja. Terpulang dengan permasalahan peribadi individu itu sendiri. Tetapi, biarlah saya ringkaskan disini.
Bukan semua orang merasai peluang kedua apatah lagi peluang berulang kali selepas melakukan sesuatu kekhilafan. Bukan semua orang yang diberi peluang kedua akan menghargainya dengan seikhlas hati. Bukan semua menggunakan peluang tersebut sebaiknya malah mensia-siakan tanpa menyedari itulah peluang terakhir yang mereka ada.
Ada sesetengah orang melakukan kesalahan sama sehingga orang lain tawar hati untuk memberi peluang berulang kali. Namun, apabila peluang sudah tidak diberi, mula meraih simpati menyatakan tiada seorang pun yang memberinya peluang. Menyifatkan orang yang berada di sekelilingnya kejam dan tiada perikemanusiaan. Padahal? Salah diri sendiri yang tidak pernah untuk menghargai setiap peluang dari insan-insan yang mengambil berat; penuh keikhlasan malah menyayangi dengan ketulusan hati sehingga terlihat disetiap kerdipan mata dan hembusan nafas mereka.....fuh.
Kamu; yang tidak pernah menghargai setiap peluang, wajar diberi pengajaran setelah berulangkali diberi pertimbangan. Belajarlah menghargai setiap peluang dari orang terdekat sementara masih berpeluang, jangan sampai bayangnya beransur hilang, jejaknya semakin pudar, akan tiba masanya peluang terakhir akan terhapus.
Peluang. Sentiasa ada. Tidak kira apa juga situasi. Terpulang dari diri kita sendiri untuk menentukan sama ada mahu menggunakan sebaik mungkin atau sebaliknya. Pilihan ditangan kita. Pilihan tepat, kita akan berbahagia, tersilap pilih tanggunglah sendiri. Selamat maju jaya.
πΈπ
Peluang Terakhir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment