You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Pesan Buat Angin

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Di antara deru angin
Sering merasa sapaan dingin
Yang hanya berlalu dengan kencang

Di setiap hembusan dingin
Sapaan hangat dalam pelukan angin
Akhirnya berlalu tanpa sempat merasa nyaman

Gemersik angin yang datang
Ada rahsia cuba disampaikan
Tidak terlihat tapi boleh dirasakan

Biarkan angin berhembus pergi
Kerana itu adalah dingin angin sepi
Yang meninggalkan rasa pilu dihati

πŸƒ 1/2/2020
Nurul Hayati Jasry

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEMAAFAN




Sabtu lepas ada program di sekolah abg Irsyad. Bila sampai di tempat parking, adik security bagitau kereta kena langgar, itupun dengan nada teragak-agak dan riak muka sedikit cuak (mungkin risau saya mengamuk πŸ˜‚)
.
Ada orang yang lalu lalang terdengar perbualan kami, berhenti bertanya. Ada juga yang suggest minta ganti rugi dengan sejumlah wang yang tidak masuk akal. Ada juga yang cuba simbah minyak walaupun perasaan saya masa itu tidak berapi πŸ˜‚..ada juga yang suruh bersabar. Saya sempat ucap terima kasih.
.
Saya senyum. Bila adik security tu nampak saya dalam keadaan tenang, dia terus bersuara 'ingatkan kakak marah, risau sudah aku tadi'. Kalau dulu, ya. Mungkin saya akan marah-marah. Tapi saya belajar dan ambil iktibar dari peristiwa yang berlaku di sekeliling sebelum ini.  Marah bukan satu jalan penyelesaian. Marah macam mana sekalipun, perkara yang sudah terjadi tidak akan kembali ke asal.
.
Lampu belakang retak, calar dan bumper kemek sikit. Walaupun nampak kesan, tapi kerosakannya lebih kecil berbanding kereta orang yang melanggar. Saya redha dan memilih untuk memaafkan. Tidak perlu memanjangkan isu dan persulitkan lagi keadaan orang lain atas kesalahan yang tidak disengajakan.
.
Alhamdulillah. Selesai.
.
Memilih untuk memaafkan bukan sebab mahu tunjukkan kita baik. Bukan juga bermakna kita lemah. Cuma, bila orang datang kepada kita untuk meminta maaf dan bersikap dengan jujur, tiada alasan bagi kita untuk tidak memaafkan. Apatah lagi perkara yang tidak disengajakan.
.
Kadang-kadang, orang yang memilih memberikan kemaafan kerana hati tidak mampu lagi diisi dengan rasa kebencian. Dengan memaafkan, hati akan menjadi lebih tenang dan bahagia. Memaafkan juga adalah kunci untuk memutuskan rantai kebencian.
.
Semua orang pernah melakukan kesalahan. Sama ada kesalahan besar atau kecil, sengaja atau sebaliknya. Tetapi masih layak diberikan peluang.
.
Walau apapun kesalahan orang lain terhadap kita, berbicaralah secara sopan dan rasional. Bukan dengan cara mengeji dan mencaci (padahal orang tu terlanggar hujung jari kita saja). Melampaulah bah juga begitu πŸ˜…
.
Menjaga hati sendiri itu tidak salah. Namun, menjaga hati orang lain juga sesuatu perkara yang murni dan terpuji. Jangan pentingkan diri hingga terlupa orang lain juga punya perasaan.
.
Mudah-mudahan dengan memaafkan, membantu saya untuk melepaskan diri dari rasa amarah, kecewa, benci dan dendam. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari insiden kecil ini.
.
Semoga kami sekeluarga dan kita semua sentiasa berada dibawah lindungan Allah, dijauhkan dari malapetaka dan sentiasa terpelihara dari perkara-perkara yang tidak diingini. Aamiin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WSB

WSB